Sukan

Pencapaian negara dalam arena sukan dan pembangunan negara yang pesat telah membuka peluang kepada negara untuk menganjurkan pelbagai temasya sukan, seperti sukan Komanwel 1998. Setelah dua bulan, pasukan Badminton Malaysia berjaya mengembalikan Piala Thomas ke pangkuan kita.
clip_image001

Pada 21 Julai 1992, kita berjaya pula mendapat kepercayaan negara Komanwel untuk mengadakan sukan berkenaan di Kuala Lumpur pada tahun 1998. Semua ini adalah kejayaan kita. Rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan perkembangan ini. Tentulah ada sesuatu yang istimewa yang menarik perhatian negara Komanwel mengenai pencapaian Malaysia menyebabkan mereka mengundi menyokong kita menjadi tuan rumah sukan itu. Sebagaimana yang diucapkan oleh Datuk Alex Lee, selaku Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia di Barcelona, "mesej yang kita sampaikan ialah jika tawaran Malaysia untuk menjadi tuan rumah ditolak, maka negara Dunia Ketiga yang mana serta negara membangun mana pula yang mungkin boleh".
clip_image002clip_image003

Kejayaan Malaysia menduduki tempat keempat di temasya Kuala Lumpur '98- Sukan Komanwel XVI (KL '98) adalah sesuatu yang sungguh membanggakan, malah memeranjatkan pengkritik. Siapa sangka atlet Malaysia berupaya mencatat kejayaan di luar jangkaan pegawai sukan sendiri. Pencapaian 10 pingat emas, 14 perak, 12 gangsa di belakang juara keseluruhan Australia, 80-61-58; England, 36-47-53 dan Kanada 30-31-38 dianggap prestasi terbaik dalam sejarah penyertaan negara. Pada Sukan Komanwel di Victoria '94, Kanada, kita hanya menduduki tempat ke-13 dengan dua emas, satu perak dan dua gangsa. Lebih manis lagi pencapaian itu melepasi ramalan yang ditetapkan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), sebelum temasya sukan setiap empat tahun itu bermula.
clip_image004
clip_image005
Kemajuan infrastruktur negara telah sekali lagi memberi peluang kepada negara untuk menganjurkan pelbagai temasya sukan yang lain. Wawasan Perdana Menteri untuk membina sebuah litar lumba formula satu di Sepang, pada mulanya telah mendapat pelbagai kritikan daripada pelbagai pihak. Namun, setelah terbinanya Litar F1 Sepang, Malaysia telah berjaya dengan julung-julung kalinya mengadakan perlumbaan Formula Satu pada bulan November 1998. Selain daripada itu, di Litar F1 Sepang juga, Malaysia telah menganjurkan perlumbaan Motosikal Grand Prix Dunia.
clip_image006
Tidak cukup dengan itu, kini Malaysia adalah diantara calon-calon yang akan dipilih sebagai tuan rumah bagi temasya Sukan Asia 2006. Dengan kelengkapan dan infrastruktur yang tercanggih, tidak hairanlah jika negara kita terpilih sebagai tuan rumah. Pengiktirafan sebegini seharusnya menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Kejayaan yang akan ditempa oleh atlit-atlit negara pada masa depan perlulah disertakan keazaman dan ketabahan yang kental agar digeruni dan dihormati semua di peringkat antarabangsa.

clip_image008
Lee Chong Wei (Badminton)
Wajahnya keanak-anakan tetapi jangan terpedaya, di sebalik wajah comel itu, kehebatannya menggegarkan ramai. Pemain utama perseorangan lelaki dalam acara badminton ini, Datuk Lee Chong Wei, sudah membuka banyak mata untuk melihat taring anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini dalam sukan itu.
Dinobatkan sebagai pemain nombor satu dunia ini, kejayaannya bukan sedikit. Beliau merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan.
Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan pada 21 Ogos 2008. Beliau ialah pemain badminton Malaysia ketika yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysian yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu.
Anugerah:
· Olahragawan Kebangsaan 2005
· Menerima gelaran Datuk (Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) dari Yang di-Pertua Negri Tun Abdul Rahman Abbas pada 30 Ogos 2008 selepas berjaya merangkul pingat perak pada Sukan Sea Beijing 2008.
· Pemain badminton nombor satu dunia selepas menewaskan Lin Dan.
· Memenangi emas pada Kejohanan  Siri Super Terbuka Korea Selatan 2010.
· Memenangi emas enam kali berturut-turut pada Kejohanan Terbuka Malaysia bermula 2005.

clip_image010
Nicol Ann David (Skuasy)
Calon yang seorang ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Pada usia menjangkau 23 tahun ini, pencapaiannya dalam sukan skuasy bukan calang-calang. Paling manis pastinya apabila muncul juara dalam Terbuka Dunia 2005, pemain Asia pertama meraih gelaran itu selain dinobatkan sebagai pemain pertama dunia.
Anugerah:
· Pingat Ahli Mangku Negara (2000)
· Anugerah Usaha Guinness ke-186 (2001)
· Pemain Terbaik Asia 2001
· Dewan Kemasyhuran SportExcel 2002
· Olahragawati Kebangsaan

clip_image012
Durratun Nasihin Rosli (Gimnastik)
Kecil molek tetapi berapi! Itu gambaran paling tepat buat calon Anugerah Belia Remaja i-Kon 2006 ini. Walaupun kecil molek, kehebatannya di pentas gimrama tidak boleh dipersoalkan lagi.
Kejayaan demi kejayaan di persada antarabangsa dan terbaru, ratu gimnas negara ini, Durratun Nashihin Rosli.
Memang sesuai dengan namanya yang bermaksud `Mutiara bijak pandai', mutiara ini terus bergemerlapan apabila meraih kejayaan paling manis tatkala menyumbangkan empat pingat perak di Sukan Komanwel 2006, sekali gus menjadikannya penyumbang pingat paling banyak pada kejohanan itu.
Kejayaan itu membuka mata banyak pihak dan sememangnya benar ungkapan tiada yang mustahil. Segalanya mungkin terjadi jika diiringi dengan usaha kental serta semangat yang jitu dan ia dibuktikan gadis berusia 18 tahun ini.
Pencapaian:
· 2002: Juara Individu Keseluruhan Pesta Gimnastik Antarabangsa; Juara Individu Keseluruhan Kejohanan Gimnastik Berirama North Harbour; Juara individu rutin gelung Kejohanan Antara Bandaraya Piala Datuk Bandar, Korea Selatan
· 2003: Memenangi empat emas pada Sukan Sea Vietnam; dua emas pada Kejohanan Gimnastik Antara Bandaraya
· 2005: Memenangi satu emas dan satu perak pada Sukan Sea Manila; mendapat tempat ke-34 daripada 82 gimnas dalam Kejohanan Gimrama Corbeil Essones di Perancis
· 2006: Memenangi empat perak pada Sukan Komanwel 2006